
Mencari hidup..mancari makna sebuah kehidupan..aku dan semua yang berada di sekeliling aku adalah kehidupan aku..dan kau serta semua yang berada di sekeliling kau adalah kehidupanmu..hidup perlukan perjalanan..perjalanan hidup aku sebagai aku sangat rumit.kadang2 aku rasa nak jadi orang lain.namun aku sedar,Allah ciptakan aku sebagai aku ada hikmahnya. Perjalanan hidup sangat panjang. Sekiranya kita menoleh ke belakang,melihat sejauh mana kaki melangkah,dan tiba2 terkejut bahawa kita sudah sangat jauh melangkah dan meratapi perjalanan itu,kita sebenarnya cintakan masa silam yang kadang2 sangat pahit. Dan keupayaan berjalan semula akan mulai luntur. Sekiranya kita menoleh ke belakang dan dapati kita sebenarnya baru sahaja melangkah dan sangat terkejut bahawa perjalan yang dirasakan lama rupanya baru bermula, kita sebenarnya tidak yakin dengan perjalanan itu..mungkin jalan yang kita pilih itu bukan pilihan kita dan kita sebenarnya mulai bosan dengannya. Pengembara yang sebenar tidak perlu menoleh ke belakang untuk tahu sejauh mana dia berjalan kerana dia tahu, perjalanan sebenar memerlukan kesabaran dan kecekalan. Menoleh ke belakang menunjukkan kita rupanya mulai teragak-agak untuk terus melangkah. pengembara sebenar akan sentiasa bersedia dengan apa jua halangan menuju ke matlamat sebuah kehidupan. Pengembara sebenar tidak perlu bertanya kenapa dia keseorangan dan tidak perlu bertanya bila dia akan berteman. Kerana dia sangat percaya bahawa Allah sentiasa ada bersamanya dan tahu bahawa dia akan berteman apabila tiba masanya dan semua telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.